Daripada Abu 'Amr,menurut satu pendapat Abu 'Amrah,Sufyan bin Abdullah al-Thaqafi r.a berkata:"Wahai Rasulullah! Katakanlah satu perkataan kepadaku tentang Islam yang aku tidak perlu menanyakan kepada org lain." Sabda Rasulullah s.a.w : Ucapkanlah aku beriman dengan Allah kemudian beristiqomahlah kamu."
-Hadis Riwayat Muslim-
Maksud Istiqomah Istiqamah bermaksud berdiri teguh di atas jalan Islam dalam segenap ruang kehidupan sama ada dari sudut aqidah dan pegangan, amalan, pandangan hidup, perjuangan dan sebagainya iaitu tidak akan berganjak sedikitpun dari jalan tersebut walaupun terdapat pelbagai godaan dan rintangan.